Skip Navigation

BintuAbi



Assalamualaikum W.B.T.


Salam sayang buat semua pengunjung dan pelanggan BintuAbi. Didoakan agar anda semua sentiasa sihat dan berada di bawah rahmat-NYA ~ (^_^)


BintuAbi.com.my adalah satu perniagaan internet di bawah naungan Bintu Abi Enterprise. Bintu Abi Enterprise telah didaftarkan di bawah SSM dengan no pendaftaran SA0178493-P pada 25 Januari 2011. Jenis perniagaan yang dijalankan oleh Bintu Abi Enterprise adalah perniagaan di dalam bidang tekstil, makanan dan minuman. Bintu Abi Enterprise mula beroperasi dalam talian sejak Nov 2010 sehingga sekarang. In shaa Allah dalam beberapa tahun akan datang Bintu Abi Enterprise akan membuka premis sendiri dan mengembangkan perniagaan di luar negara.


Sebagai pengasas kepada Bintu Abi Enterprise, kami memulakan perniagaan dengan berpegang kepada firman Allah yang bermaksud:


"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah: 275)



Firman Allah juga dalam Surah An-Nisa' yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu."
(Suran An-Nisa': 29)



Kami juga menjadikan Saidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai model ikutan yang terlibat dalam perniagaan yang serius. Beliau bukan sahaja bijak dalam perniagaan, tetapi menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada perjuangan Islam hasil daripada keuntungan perniagaan beliau.


Tidak ketinggalan juga, mentor perniagaan kami yang banyak memberi tunjuk ajar selok belok di dalam perniagaan iaitu Dr Azizan Osman bersama-sama pasukan Richworks di bawah seliaan beliau.


Disebabkan itu, kami telah menanam misi untuk berjaya di dalam perniagaan, terutama berkaitan dengan produk-produk Islam dan juga menjadi antara penyumbang terbesar kepada pertubuhan-pertubuhan Islam.


Oleh itu, setiap produk yang dijual di BintuAbi.com.my akan dipastikan terlebih dahulu memenuhi syariat Islam, begitu juga dengan sebarang proses atau transaksi jual beli dengan pembekal dan pelanggan. Di samping itu, sebahagian kecil daripada keuntungan bulanan BintuAbi.com.my juga akan disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang berdaftar.


Mudah-mudahan, dengan misi ini, kami akan menjadi lebih bermotivasi untuk berjuang dalam bidang perniagaan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk mehnah dan dugaan, cabaran dan ujian yang akan datang. Semoga Allah memberkati.



Selamat membeli belah sambil menderma untuk Islam~ (^_^)






Bintu Abi Enterprise (SA0178493-P)
Emel: bintuabi.2010@gmail.com
Laman web: http://bintuabi.com.my
Facebook: Tudung BintuAbi.com
SMS: 0132495008 (Nabiilah) / 0192427890 (Annur)




~Hijab :: Elegan :: Solehah~